Saturday, 31 March 2012

Pegang pegang Haram


Love Note From Yong to Yeop

You are my world!!
Nak nak nak
I'm yours, You're mine
Tersenyum bila teringatkan kamu
Rindu kamu Yeop
My heart have You
I'm happy with you, Yeop
forever InsyaAllah
I love you!!!
Yeop are my dearest love

Friday, 30 March 2012

Salah Ke Perigi Cari Timba?


Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.


Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah. Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala. Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.


Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.


Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit.


Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun. Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!


Risikonya adalah antara diterima atau ditolak. Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.
Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, Insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.


Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah, Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah. Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun. Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka. Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.


Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)


Kesimpulannya, nak kahwin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan. Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita? Tidak. Yang penting usaha. Ia senang. Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya. Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi orang perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.


Bagaimana Berdepan Lelaki Pemalu?


Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika anda seorang wanita dan anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila anda berdepan lelaki pemalu?


1. Anda kena berani memulakan.


Walaupun anda perempuan, anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni anda sukakan dia. Jika anda seorang perempuan anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.


2. Gunakan cara non-verbal.


Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham anda betul-betul suka kat dia.


3. Malu biasanya cuma sementara.


Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan, bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.


4. Cakap pasal topik umum.


Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook, mengedit gambar, mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!


5. Santaikan wajah, santaikan suara.


Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara anda.


p/s : Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

malunya saya.. hihihi

Pohon Semalu dan Wanita


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :


Pertama : pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Keempat : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil 



Cinta Selepas Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w

Pada petang hari, suami isteri menunggu kepulangan anak lelakinya berumur 7 tahun pulang dari kelas agama. Semasa isterinya duduk di tepi suaminya, dia ternampak telefon suaminya tertera gambar profile suami dengan ibu mertuanya. Dengan nada yang lembut isterinya bertanya..


Isteri : Abang, boleh sayang tanya sikit.
Suami : Ya, tanya la.
Isteri : Selepas ALLAH dan RASULULLAH, siapakah yang paling abang SAYANG?
Suami : Mestilah Ibu abang. (Dengan senyuman)
Isterinya mula berasa cemburu dengan jawapan suaminya itu.. Dia terdiam sebentar dan bertanya semula.. 
Isteri : Habis tu, sayang ni abang tak SAYANG la. (Dengan nada yang sedikit marah)
Suaminya pun jawab dengan lemah lembut..
Suami : Abang SAYANG kamu, tetapi ada yang lebih SAYANG kepada kamu wahai ISTERIKU..
Isterinya terpinga-pinga siapakah orang itu.. Isterinya pun bertanya..
Isteri : Siapa bang???


Tiba-tiba terdengar bunyi seseorang masuk ke rumah.. Rupa-rupanya anak lelakinya.. Berlari-lari memeluk ibunya dan mengucapkan 
“Assalamualaikum ibu, adik SAYANG ibu”.. Itu ucapan anaknya terhadap ibunya..
Suaminya menegur isterinya yang amat gembira dengan ucapan anaknya sambil berkata..


Suami : Ini lah orang yang abang maksudkan.. (Suaminya tersenyum )
Isterinya terharu dengan kata-kata suaminya lalu memeluk anaknya dan menitiskan air mata kegembiraan. 


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata : Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya :  “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu. (Hadith Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya)


p/s : Inilah rantaian kasih sayang yang telah Allah tunjukan dalam hubungan ibu dan anak. Kasihlah ibu kita hingga akhir hayat.. Cinta selepas Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w adalah Ibu kita.. SYURGA DIBAWAH KAKI IBU..



5 Nilai Sebatang Pensel

Pada suatu malam, seorang adik bertanya kepada kakaknya yang sedang menulis..


"Apa yang akak sedang tulis tu? akak tulis karangan ke?"


" Ye dik.. Akak tengah buat karangan ni.. Tapi, ada yang lebih penting daripada karangan ni iaitu pensel ni."


"Apa yang istimewa sangat tentang pensel ni kak ?" ,tanya si adik..


"Akak berharap hidup kamu adalah seperti pensel ni..Walaupun sebatang pensel, ada 5 nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.. Adik nak tahu tak?"


"nak.. nak.."(sambil mengangguk kepala)


"PERTAMA, pensel ni mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini, jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya.. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kamu iaitu ALLAH S.W.T.. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya..


KEDUA, ketika menulis, pensel kerap jadi tumpul.. Akak terpaksa berhenti untuk mengasahnya.. Pensel ni pasti menderita ketika diraut, tapi hasilnya, ia menjadi lebih tajam dan bagus tulisannya.. Begitu juga apa yang akan berlaku dalam hidup kamu.. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri kamu menjadi lebih baik..


KETIGA, pensel ni mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah.. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ni semula.. Begitulah yang akak harapkan pada adik akak ni.. Sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup.. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar..


KEEMPAT, adik tahu tak mana yang lebih penting? Luar atau dalam pensel ni? Tentulah karbon di dalam ni kan? Sebab tu lah, berhati-hati sikit dengan apa yang tak baik dalam diri kamu tu dan hindarilah..


KELIMA,pensel ni selalu meninggalkan tanda atau goresan.. Sama la jugak seperti kamu.. Apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu ataupun orang lain.. Jadi akak harap adik akak ni berhati-hatilah dan bijak bila buat sesuatu ye.. Adik faham x?"


"Faham! Thanks akak..."



Sayangnya ALLAH Pada Wanita

Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya 
4. saudara perempuannya


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya 


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki.. Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


Soalan Panjang Tapi Jawapannya Pendek Aje

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating dengan dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat dengan dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kahwin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai hati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku.. sedih ni.. sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia.. cium pipi dia.. ringan2 sikit.. untuk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat.. aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara untuk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah (berpurdah)

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pikir dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla.. dalil tu dalil ni.. pot pet berbunga-bunga.. bercinta sblm kawin haram.. bercinta selepas kawin.. halal... pot pet pot pet..

Jawapan: Pergi meminanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini. 

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas balik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. (sebab dah macam syirik lak)

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la.. nak tegur pun agak-agaklah.. tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! (doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yang tak tutup aurat tu, bukan pegi redha je dengan kata2 dia)

12. Aduh! Mahal la pulak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih pulak tetibe. 

Jawapan: Nah (bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran)

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape dengan hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! (bawak dia pegi ke masjid bersolat, dengar tazkirah dan lain-lainl.. bukan bawak pegi kelab malam)

15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku! 

Jawapan : Tukarlah!

16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

p/s : Soalan 16 memang tiada jawapan.. Tapi tanya HATI sendiri

Apa Itu Istidraj?


Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah swt kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan Istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.




Jenis-Jenis Kembar


Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih.
Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.

1. Kembar seiras (Monozygotic)
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.
Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
Kejadian Kembar Seiras dan Kembar tak Seiras

Thursday, 29 March 2012

Jenis-jenis Isteri

ISTERI MUQARROBIN

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
ISTERI SIDDIQIN

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu. Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tetapi meminta tidak. Apalagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini susah dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah wanita luar biasa.

ISTERI SOLEHIN

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekali meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang layak dari segi makan minum, tempat tinggal, kendaraan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Syusuke Fuji

Siapa Syusuke Fuji? Hahaha.. Ni la salah sorang watak dalam Prince Of Tennis.. Minat sangat kat dia.. Muka tenang, lawan tennis dengan tenang dan sangat terror.. Skill sangat menarik.. Jom baca profile tentang dia..


Latar Belakang
Syusuke Fuji adalah seorang pelajar tahun tiga di Seishun Academy. Beliau diberi gelaran "tensai", atau geniuskerana kemahiran taktikal di gelanggang tenisDia berada di kelas yang sama bersama Eiji  dan merupakan kawan baik kepada EijiFuji budak tahun lompat (29 Februari)dan oleh itu dia hanya boleh meraikan hari lahirnya setiap empat tahun sekaliFuji seorang yang ceria dan lembut hati. AdiknyaYutaseorang pemain tenis di St.Rudolph. 
Fuji biasanya mengambil kedudukan S2 (Singles 2), walaupun kadang-kadang dia berpasangan dengan Kawamura Takashi atau Kikumaru Eiji di Doubles (dengan Kikumaru, mereka dipanggil "Dream Pair"). Beliau dan Echizen Ryoma sementara akan bergilir-gilir untuk kedudukan S1 (Singles 1) apabila kapten Tezuka Kunimitsu berada dalam pemulihanWalaupun Fuji dianggap No. 2 dalam Seigaku, kedua hanya kepadaTezuka, Chitose Senri meluahkan pandangan bahawa antara kedua-dua, Fuji adalah menakutkan. 

Personaliti
Fuji sering dilihat dengan muka yang tenang, dengan matanya seolah-olah ditutup dari tersenyum. Walau bagaimanapun, apabila dia teruja, atau apabila bermain dengan serius, Fuji akan mendedahkan mata yang tajam. Tiada siapa yang benar-benar tahu tahapnya, walaupun dirinya sendiri. Ramai yang percaya bahawa kebolehannya yang tiada hadnya boleh mengatasi setiap pemain dalam Prince of Tennis.

Fuji umumnya kelihatan sangat tenang manakala lawannya mendesak dirinya kepada sesuatu tahap, dapat memberikan banyak gambaran bahawa Fuji sama ada genius, seorang yang tahu bagaimana untuk menjimatkan tenaga semasa bermain, atau dia tidak terlalu mengambil berat tentang tenis sendiri. Terdapat beberapa orang pemain yang boleh membuatkan Fuji menunjukkan kebolehannya yang sebenar dan memaksa beliau untuk bermain secara serius. 

Fuji sentiasa memberi perlindungan adiknya, Yuta. Dia sentiasa cuba untuk "memusnahkandan menghukum mereka yang telah mengalahkan adiknya atau yang telah meletakkan adiknya dalam sesuatu yang berbahaya (seperti yang dibuktikan dengan cara yang berbeza dia melayan Jiro Akutagawa dari Hyƍtei dan Hajime Mizuki dari St. Rudolph)Walaupun dia tidak memegang dendam secara peribadi kepada Jiroyang memenangi secara adil terhadap Yutadia juga tidak membenci Mizuki untuk masa yang lama selepas melihat bagaimana dia melayan saudaranya sebagai seseorang yang boleh dibuang untuk memastikan kemenangan pasukannya).
Yuta bukan satu-satunya orang yang telah dia lindungidia sangat sedih apabila Kippei Tachibana yang cedera dalam perlawanan ketika menentang Rikkai Daikerap Akaya KiriharaBeliau juga kecewa apabila Akaya Kirihara telah menghina dua buah sekolah iaitu, Seigaku dan Fudomine. Apabila Seigaku ketinggalan 1-2 di perlawanan akhir Kanto terhadap Rikkai daigaku Fuzoku, dia terlibat dalam perlawanan yang serius dengan Akaya Kirihara, yang memainkan satu bentuk ypermainan tenis yang agak ganas. Kirihara mencederakan lutut Fuji dan mencederakan Tachibana yang telah cedera, yang tiba untuk menggalakkan Fuji; sebagai terima kasih kepada ini dan hakikat bahawaTezuka juga tidak hadir kerana kecederaan, Fuji menjadi semakin serius dan bermain untuk memenangi perlawanan. Menurut kakak Fuji,Yumiko, memberitahu Hajime Mizuki dan Yuta, Fuji tidak pernah marah tentang apa yang berlaku kepadanya, tetapi apabila keluarga atau kawan-kawannya dalam bahaya, beliau tidak mendiamkan diri dan akan lawan dengan penuh kesungguhan.

Teknik dan Cara Bermain
Fuji bermain dengan mantap dan menyerang pada masa yang tepat. Kebanyakan teknik yang direka khusus untuk melawan kekuatan lawan, yang memberikan dia gelaran genius.


1) Tsubame Gaeshi (Swallow Return)





2) Higuma Atoshi




3) Hakugei