Friday, 30 March 2012

Cinta Selepas Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w

Pada petang hari, suami isteri menunggu kepulangan anak lelakinya berumur 7 tahun pulang dari kelas agama. Semasa isterinya duduk di tepi suaminya, dia ternampak telefon suaminya tertera gambar profile suami dengan ibu mertuanya. Dengan nada yang lembut isterinya bertanya..


Isteri : Abang, boleh sayang tanya sikit.
Suami : Ya, tanya la.
Isteri : Selepas ALLAH dan RASULULLAH, siapakah yang paling abang SAYANG?
Suami : Mestilah Ibu abang. (Dengan senyuman)
Isterinya mula berasa cemburu dengan jawapan suaminya itu.. Dia terdiam sebentar dan bertanya semula.. 
Isteri : Habis tu, sayang ni abang tak SAYANG la. (Dengan nada yang sedikit marah)
Suaminya pun jawab dengan lemah lembut..
Suami : Abang SAYANG kamu, tetapi ada yang lebih SAYANG kepada kamu wahai ISTERIKU..
Isterinya terpinga-pinga siapakah orang itu.. Isterinya pun bertanya..
Isteri : Siapa bang???


Tiba-tiba terdengar bunyi seseorang masuk ke rumah.. Rupa-rupanya anak lelakinya.. Berlari-lari memeluk ibunya dan mengucapkan 
“Assalamualaikum ibu, adik SAYANG ibu”.. Itu ucapan anaknya terhadap ibunya..
Suaminya menegur isterinya yang amat gembira dengan ucapan anaknya sambil berkata..


Suami : Ini lah orang yang abang maksudkan.. (Suaminya tersenyum )
Isterinya terharu dengan kata-kata suaminya lalu memeluk anaknya dan menitiskan air mata kegembiraan. 


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata : Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya :  “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu. (Hadith Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya)


p/s : Inilah rantaian kasih sayang yang telah Allah tunjukan dalam hubungan ibu dan anak. Kasihlah ibu kita hingga akhir hayat.. Cinta selepas Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w adalah Ibu kita.. SYURGA DIBAWAH KAKI IBU..



No comments: