Hidung Panjang
Jika anda memiliki bentuk
hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang
kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di
sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat
sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat
bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak
mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai
bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga
dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan
bidang seni.
Hidung Kecil
Hidung Kecil
Jika hidung kecil, anda mempunyai
daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga
suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu
yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah
menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda
sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya
seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi
oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa
memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.
Hidung Paruh Burong
Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu
keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda
cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa
yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat
dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan
bijak, tetapi agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan
anda.
Hidung Tajam
Hidung Tajam
Jenis hidung begini suka memandang
kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa
lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau
cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat
kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup
bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.
Hidung Lurus
Hidung Lurus
Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain
berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup
yang setia dan tidak menipu.
Hidung Kembang
Hidung Kembang
Jika anda
berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa
jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian
mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada
bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga
tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.
Hidung Runcing
Hidung Runcing
Anda
adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik
orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan
anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh
orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya
jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda
sendiri.
Hidung Pesek
Hidung Pesek
Anda merupakan seorang yang kuat
berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka
perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan
sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu
perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah
mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain
cukup senang dengan kehadiran anda.
Hidung Agak Besar
Hidung Agak Besar
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.
Hidung Agak Besar dan Bulat
Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.
Hidung Agak Besar Bahagian Bawah
Hidung Agak Besar Bahagian Bawah
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.
Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.
Hidung Agak Besar Tetapi Penyek
Hidung Agak Besar Tetapi Penyek
Anda seorang yang tidak punya inisiatif.
Hidung Agak Kecil
Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.
Hidung Agak Sederhana
Hidung Agak Sederhana
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.
Hidung Agak Mancung, Agak Runcing
Hidung Agak Mancung, Agak Runcing
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.
Hidung - Lubang Agak Lebar
Hidung - Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.
Hidung - Lubang Hidung Agak Kecil
Hidung - Lubang Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

No comments:
Post a Comment