Thursday, 19 April 2012

8 Sifat Seorang Lelaki Penyayang




1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahlah kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi diorang bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?Lapar ye, nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.


2) Suka Kanak-Kanak


- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalau lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan.. hehe


3) Berat Akan Orang Tua


- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.


4) Berat Akan Adik-Adik


- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik.. INGAT, ADIK.. Bukan adik beradik.. Bukan kakak atau abangnya. Mengapa begitu? Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya? Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
.

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan


-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. Jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.


6) Pandai Menjaga Hati Pasangan


-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengoklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
.

7) Susah Marah


-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macam ni korang ati-ati la..


8) Sentiasa Murah Dengan Senyuman


-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je, sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung! Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

Thursday, 12 April 2012

Jika Kamu Benar-Benar Mencintai

Jika Benar Lelaki Mencintai Wanita Itu
♥ Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu..
♥ Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu..
♥ Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu..
♥ Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK..
 Jika Benar Wanita Itu Mencintai Ayah dan Suaminya
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31). Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Bagaimana? Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah kamu membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika benar kamu cinta kepada kami, maka tolonglah kami. JAGALAH AURAT MU

Di Ambil Dari berbagai Sumber
smoga Bermanfaat.....

Wallahua'lam
Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Saturday, 7 April 2012

Rahsia Hidung Wanita

Hidung Panjang
Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil 
Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan anda.

Hidung Tajam 
Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.

Hidung Lurus 
Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang setia dan tidak menipu.

Hidung Kembang
Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing 
Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek 
Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar 
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung 
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek 
Anda seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana 
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing 
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Hidung - Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Hidung - Lubang Hidung Agak Kecil 
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.


Petua Untuk Menghafal Ayat-ayat Al-Quran

a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.

b) Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir ( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya).

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, InsyaAllah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.


Rahsia Mata Wanita

Saiz Mata Kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz Mata Sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz Mata Lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tetapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata Selalu Berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Jarang Berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata Cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tetapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

Matanya Seolah Tersembul Keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tetapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Rahsia Bibir

Bibir Yang Tipis
Tipis bukan beerti nipis. Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir Yang Tebal 
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.

Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir Yang Sentiasa Terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Bibir Segar dan Kemerahan 
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.