Thursday, 29 March 2012

Nikmat Mandi

Wahhhh.. Segarnya badan setelah mandi! Mandi memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai manusia yang normal, kita digalakkan  untuk mandi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan lewat petang. Ingin tahu apakah kelebihan mandi?
Teruskan membaca!!

1. Menghilangkan Stres
Kajian membuktikan bahawa mandi bukan sahaja membersihkan diri daripada kotoran tetapi juga boleh      menjauhkan stres. Mandi dengan air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Suhu yang digalakkan untuk air mandian ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celcius.

2. Mengeluarkan Toksin Dari Badan
Mandi dengan air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celcius akan membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Ia juga dapat menurunkan peningkatan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Tempoh yang disarankan mandi ialah selama 10 hingga 20 minit.

3. Meredakan Selesema dan Sakit Kepala
Normal bagi seorang manusia mengalami masalah selesema dan sakit kepala. Tahukah kamu, ia juga dapat diubati dengan mandi? Caranya adalah dengan merendamkan kaki ke dalam air panas bagi membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Caranya, masukkan air panas secukupnya di dalam sebuanh bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak aroma terapi seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah itu, bilas badan dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

4. Menyembuhkan Jangkitan Kulit
Ramai yang tidak tahu kaitan di antara mandi dan kulit. Sebenarnya mandi boleh membantu beberapa penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal. Ia boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bikarbonat) yang bertindak sebagai antiseptik ke dalam air mandian. Kamu hanya perlu mengisi air ke dalam bekas mandian, tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Kamu digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

5.  Memudahkan Tidur
Ada sesetengah individu yang mengalami masalah gangguan tidur ataupun insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, mandi merupakan terapi yang bagus untuk mengurangkannya. Rendamkan kaki ke dalam air yang dingin. 

Selain masalah insomnia, ia juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Pendek kata, mandi memang digalakkan. Oleh itu, ayuhlah kita rajinkan mandi!

Wednesday, 28 March 2012

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh 
ii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah 


Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:



Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita berunsurkan Air 


Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- 



Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 


Wanita yang berunsurkan Api 


Api sifatnya panas dan membakar tetapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Penasihat yang baik kepada suami. Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami. Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. 



Wanita berunsur Angin 


Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa.

Hati yang cepat berubah ubah.

Rahsia Lelaki Berdasarkan 4 Unsur


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

Rahsia Cara Si Dia Menjamu Selera

Makan dengan tenang
Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

Asyik belek makanan 


Serius ketika makan 


Makan sambil borak 


Makan sambil kerap tengok jam 


Makan sambil merungut 
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!