Wahhhh.. Segarnya badan setelah mandi! Mandi memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai manusia yang normal, kita digalakkan untuk mandi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan lewat petang. Ingin tahu apakah kelebihan mandi?
Teruskan membaca!!
1. Menghilangkan Stres
Kajian membuktikan bahawa mandi bukan sahaja membersihkan diri daripada kotoran tetapi juga boleh menjauhkan stres. Mandi dengan air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Suhu yang digalakkan untuk air mandian ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celcius.
2. Mengeluarkan Toksin Dari Badan
Mandi dengan air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celcius akan membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Ia juga dapat menurunkan peningkatan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Tempoh yang disarankan mandi ialah selama 10 hingga 20 minit.
3. Meredakan Selesema dan Sakit Kepala
Normal bagi seorang manusia mengalami masalah selesema dan sakit kepala. Tahukah kamu, ia juga dapat diubati dengan mandi? Caranya adalah dengan merendamkan kaki ke dalam air panas bagi membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Caranya, masukkan air panas secukupnya di dalam sebuanh bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak aroma terapi seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah itu, bilas badan dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
4. Menyembuhkan Jangkitan Kulit
Ramai yang tidak tahu kaitan di antara mandi dan kulit. Sebenarnya mandi boleh membantu beberapa penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal. Ia boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bikarbonat) yang bertindak sebagai antiseptik ke dalam air mandian. Kamu hanya perlu mengisi air ke dalam bekas mandian, tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Kamu digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
5. Memudahkan Tidur
Ada sesetengah individu yang mengalami masalah gangguan tidur ataupun insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, mandi merupakan terapi yang bagus untuk mengurangkannya. Rendamkan kaki ke dalam air yang dingin.
Selain masalah insomnia, ia juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Pendek kata, mandi memang digalakkan. Oleh itu, ayuhlah kita rajinkan mandi!
No comments:
Post a Comment