1. “Dari Saidatina Aisyah,
Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam
rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah
untuk membina keluarga bahagia)”.
2.
“Ibnu Abad meriwayatkan,
Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling
ringan maskahwinnya”.
3. Lakukan akad nikah di tempat
yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh
dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah
perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).
4. Lakukan akad nikah pada malam
atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih
oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja
kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga
70 kali ganda pahlanya.
5. Carilah saksi akad yang soleh
dan bukan yang fasiq.
6. Suami isteri di dalam keadaan
berwudhuk semasa akad nikah.
7.
Khalifah
Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah
kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana
Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan
maskahwin lebih daripada 4 dirham…”
8. 2 atau 3 hari sebelum akad nikah
eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100
kali akan mendapat 3 kebaikan;
a) dilepaskan dukacita
b) ditunjukkan jalan keluar jika
bermasalah, dan
c) mendapat rezeki yang tidak
diduga
9. Buat sembahyang Sunat Taubat
(mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya
ialah;
a) Lakukan selepas solat Maghrib
atau Isya’ atau sebelum tidur
b) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c) Rakaat pertama; baca doa
Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d) Rakaat kedua; baca Al-fatihah
dan surah Al-Ikhlas
e) Selepas memberi salam bacalah;
f) Berdoa;
10. Kedua-dua pasangan kemudiannya
hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.
11. Aktiviti pada hari sebelum
majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);
a) Solat Maghrib berjemaah, khatam
Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Berselawat atas Nabi
d) Tazkirah ringkas
e) Jamuan sekadarnya
12. Aktiviti pada hari sebelum
majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya
ialah;
a) Solat Maghrib berjemaah diikuti
bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Selawat dan Marhaban
d) Syarahan agama berkaitan
rumahtangga
Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.
No comments:
Post a Comment