Bibir
Yang Tipis
Tipis bukan beerti nipis. Wanita yang memiliki bibir tipis
pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala
boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan
caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini
pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan
demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar
dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita
ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir Yang Tebal
Wanita berbibir tebal
dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan.
Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan
persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan
kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya
lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak
ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.
Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bibir Yang Sentiasa Terbuka
Mempunyai
keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal
kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi
yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang
baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang
diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan
berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang
dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya
dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya
yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
Bibir Segar dan Kemerahan
Wanita yang
mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan
dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.
Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan
wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.
Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat
semulajadinya sebagai wanita. Dia manja
dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya,
wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu
memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik,
selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang
dan mesra kaum lelaki.

No comments:
Post a Comment